Semakan Keputusan Ujian MUET Secara Online dan SMS
TERKINI, semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi November 2016 boleh dibuat mulai 5 Januari 2017 ini. Semakan boleh dibuat secara online atau melalui SMS.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6ZLiA1TqyJ9MwdZMuZJ9noumfJM7bcB5dknKQlXiSKRiNWZ6CEj24RqxuzzGJDK5agx0aHB9VZUNQzXOemqlzpT4l1DhKCaC6zTW1o4CSzLdi51uodTJgbogcompbQZrG_Ff9VCony2vC/s400/muet-03-2014.jpg)
Semak Keputusan Ujian MUET
Secara Online
Semakan online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:
KLIK DISINI
Melalui SMS
Perkhidmatan mySMS untuk semakan result MUET sesi November 2016 akan diaktifkan bermula jam 10:01 pagi 5 Januari 2017 sehingga jam 11:59 malam, 4 April 2017.
Taipkan:
MUET <jarak> RESULT <jarak> [No Kad Pengenalan] dan Hantarkan SMS ke 15888
Semoga berjaya kepada calon yang menduduki ujian MUET sesi November 2016!
Post a Comment