Resepi Kek Coklat Keju Yang Mudah

KALI ini saya nak kongsikan satu resepi yang istimewa buat anda iaitu Resepi Kek Coklat Keju. Sebelum ini pernah saya kongsikan resepi kek coklat. Mudah jaa nak buat kek coklat keju nih. Jom tengok resepi tersebut dibawah:

Resepi Kek Coklat Keju Yang Mudah

Resepi Kek Coklat Keju Yang Mudah

Bahan-bahan:

Kek Coklat (Bahan A)

4 biji telur
90 gram gula pasir
75 gram tepung gandum protein rendah
15 gram serbuk coklat
¼ sudu teh baking powder
75 gram margarine
75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
199 gram keju parut

Cara Membuat Kek Coklat

1- Campurkan marjerin dan dark cooking chocolate, kemudian cairkan.

2- Angkat, dan ketepikan. Pukul gula pasir dan telur sehingga kembang dan pekat.

3- Masukkan campuran marjerin dan coklat tadi dan kacau sehingga sebati.

4- Kemudian masukkan pula tepung gandung, serbuk coklat dan baking powder.

5- Selepas itu, tuangkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Kemudian tabur setengah bahagian dengan keju parut.

6- Tuang adunan keju (bahan B) di atas adunan coklat keju. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan.

7- Kemudian sapu dengan 'butter cream' dan taburlah dengan keju parut.

Kek Keju (Bahan B)

3 putih telur
4 kuning telur
75 gram gula pasir
65 gram tepung gandung protein rendah
20 gram susu serbuk
¼ sudu the baking powder
60 gram margarine
60 gram cheese spread
60 gram white cooking chocolate

Cara Membuat Kek Keju

1- Pukul gula pasir dan telur hingga kembang dan pekat.

2- Masukkan campuran cheese spread dan white cooking coklat cair dan kacau sehingga sebati.

3- Masukkan tepung gandum, baking powder, dan susu serbuk sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

4- Masing-masing dituang ke atas loyang yang berisi adunan coklat (bahan A yang telah dikukus selama 15 minit.)

5- Siap

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.