Tips Penanaman dan Penjagaan Pokok Mulberi


Adakah anda pernah lihat atau ketahui pokok Mulberi? Pokok mulberi dikatakan banyak kegunaan dan khasiatnya. Bukan setakat buahnya boleh dimakan segar, malahan pucuknya juga boleh dibuat sayur.

Selain itu daunnya boleh dikeringkan untuk dibuat teh. Kulit batang dan akarnya juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri bagi merawat dan mencegah penyakit tertentu.

Berikut adalah antara tips penanaman dan penjagaan pokok mulberi:

-Cara yang paling mudah untuk menanam pokok mulberi adalah daripada keratan batangnya.

-Seeloknya keratan mulberi terus disemai sebaik sahaja di potong daripada pokok induknya. Ini kerana keratan batang mulberi mudah kering dan rosak sekiranya dibiarkan terlalu lama.

-Pangkal batang mulberi boleh disalut dengan serbuk penggalak akar dan buatkan lubang sedalam 3 cm dan letakkan batang seterusnya timbuskan lubang dengan Tanah.

-Letakkan pasu semaian di tempat redup. Setelah keluar tunas dan daun barulah dialihkan ke tempat panas.

-Pokok mulberi perlukan cahaya matahari penuh untuk membesar dan berbuah.

PENANAMAN

-Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.

-Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).

-Tinggi pokok mulberi biasanya antara 5-6 kaki.

-Jarak penanaman pokok mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.

PENJAGAAN

-Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memotong).

-Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan / sekali. boleh juga guna bahan najis / kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.

-Pokok mulberi jarang kena penyakit.

1. Pokok Mulberi adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan choline. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi.

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.