Aplikasi Najib Razak Mengenai Perdana Menteri Dilancarkan


Di dalam sejarah Malaysia, Dato 'Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ialah Perdana Menteri yang paling aktif di atas talian. Akaun media sosial beliau diikuti berjuta-juta rakyat yang ingin mengetahui perkembangan terkini beliau dan pentadbiran negara.

Hari ini aplikasi peranti pintar Najib Razak dilancarkan bagi membolehkan rakyat mendapatkan maklumat terkini daripada beliau.

Melalui aplikasi ini anda boleh membaca status terkini media sosial Yang Amat Berhormat dari sumber rasmi. Segala polisi pentadbiran dan program beliau turut boleh dibaca dengan mudah. Di atas talian kini terdapat pelbagai berita tidak sahih dan berbaur fitnah.

Bagi mendapatkan maklumat sahih inilah aplikasi yang wajib dimuat turun. Aplikasi Najib Razak boleh dimuat turun untuk platform Android dan iOS bermula hari ini. Aplikasi sudah dihasilkan, kini masa memuat turun.

Muat Turun: Najib Razak dari Google Play Store
Muat Turun: Najib Razak dari Apple App Store

No comments

Powered by Blogger.