Inilah Eskalator Terpanjang Di Dunia Untuk Pelancong Yang ‘Malas’


SEBUAH eskalator atau tangga automatik terpanjang di dunia dibina di Hubei, China demi memenuhi keperluang pelancong 'pemalas' bagi menikmati keindahan kehijauan alam.

Eskalator sepanjang 688 meter itu telah dibuka di lokasi tarikan pelancong di Enshi Grand Canyon bersempena cuti umum Hari Kebangsaan negara itu pada 1 Oktober lalu.

Setiap pengunjung perlu membayar sebanyak 20 yuan (RM13) untuk menaiki eskalator yang menawarkan lawatan untuk melihat kehijauan serta keindahan kawasan sekitar kawasan itu.

Tangga automatik itu boleh menampung seramai 7,300 pengunjung dalam satu-satu masa.

Pihak pelancongan China menganggarkan seramai 300,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan mereka itu untuk tahun ini. 

No comments

Powered by Blogger.