10 Makanan Untuk Kesihatan Mata


Anda pasti sudah sering mendengar bahawa karot bagus untuk kesihatan mata. Kenyataan ini benar adanya. Pilihan makanan sangat berpengaruh terhadap kesihatan mata. Kajian telah membuktikan bahawa nutrisi berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia seperti Age-Related Macular Degeneration (ARMD), katarak, Glaucoma and Diabetic Retinopathy.

Satu kajian yang dilakukan National Eye Institute (NEI) menunjukkan kalau vitamin dan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegahan penyakit mata. Nutrisi dan vitamin tertentu tersebut boleh mencegah penyakit utama mata yang berkaitan dengan usia hingga 39%.

Salah satu kandungan dalam makanan yang berperanan dalam menjaga kesihatan mata adalah lutein. Lutein merupakan antioksidan karotenoid yang banyak dijumpai pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Lutein ini juga merupakan pigmen yang memberikan warna kuning dan oren pada sayuran.

Antioksidan ini dipercaya sangat penting untuk menjaga kesihatan mata kerana boleh melindungi dari katarak dan degenerasi macular. Hal ini biasanya terjadi di bahagian macula retina. Macula merupakan bahagian retina yang bertanggungjawab dalam hal penglihatan sentral (central vision). Central vision ini hilang pada mereka yang mengalami degenerasi macula. Beberapa kajian juga telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan lutein dengan pengurangan risiko mengalami degerasi macular dan katarak.

Untuk mengelakkan gangguan mata, anda boleh bermula dengan mengatur pilihan makanan anda.

Berikut beberapa makanan yang baik untuk mata kesihatan mata:

1-Adpokat

Adpokat (Avocado dlm bahasa Inggeris) merupakan salah satu dari makanan yang padat nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Adpokat mengandungi lebih banyak luteindibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.

2-Karot (Lobak Merah)
Karot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana karot adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotena akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, ia juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.

3-Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.

4-Telur
Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.

5-Bayam
Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. bayam juga mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

6-Kobis
Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.

7-Tomato
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.

8-Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.

9-Bawang putih
Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.

10-Salmon
Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.

No comments

Powered by Blogger.