Inilah Bahaya Memakai Kasut Bertumit Tinggi



Perempuan mana yang tidak mahu kelihatan anggun dan menawan? Salah satu cara yang biasa digunakan agar kelihatan anggun, seksi dan menawan adalah dengan menggunakan kasut bertumit tinggi (high heels). Tapi sedarkah anda pemakain kasut bertumit tinggi ini sebenarnya membawa banyak unsur-unsur negatif untuk kesihatan anda? Sedarkah dengan anda menambah ketebalan / ketinggian tumit kasut, anda juga menambah ketidakstabilan pada kaki.

Menggunakan kasut tumit tinggi akan membuat pinggul condong ke depan dan menambah lengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan condong ke belakang untuk menyokong keseimbangan dan hal ini boleh menyebabkan pemampatan pada punggung bahagian bawah.

Berikut adalah bahaya menggunakan kasut bertumit tinggi:

1. Apabila menggunakan kasut bertumit tinggi, pinggul condong ke depan, dan menambah kelengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan bertumpu ke belakang untuk memperbetulkan keseimbangan, dan hal ini boleh menyebabkan pemampatan pada punggung bahagian bawah.

2. Pemakaian kasut bertumit tinggi yang berterusan juga boleh meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang telapak kaki, dan meningkatkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tubuh tertumpu pada jari-jari kaki.

3. Sikap yang dihasilkan ketika berjalan dengan kasut bertumit tinggi, menambah paksaan pada bahagian belakang lutut, kawasan umum dari osteorthritis di antara wanita.

4. Kasut bertumit tinggi mendorong pusat massa pada tubuh ke depan, membuat pinggul dan tulang belakang tidak sejajar lagi. Dari samping badan akan kelihatan melengkung.

5. Otot betis mengecut dan menyusuaikan sudut dari kasut bertumit tinggi, menyebabkan otot menjadi lebih pendek dan tegang.

6. Tinggi tumit kasut dan bahagian depan kasut yang sempit boleh menimbulkan penebalan jaringan saraf antara jari ketiga dan keempat yang dapat menimbulkan rasa sakit dan mati rasa pada jari.

7. Kaki akan mudah cedera, terutama bahagian buku lali

8. Otot kaki bahagian bawah tidak akan bekerja secara maksima

9. Peredaran darah tidak lancar dan terbantut di beberapa tempat

10. Otot lebih mudah cedera dan berkumpul pada suatu tempat kerana aliran darah yang tidak lancar

11. Mengenakan kasut bertumit tinggi membuat badan cenderung untuk condong ke depan, ini menyebabkan perlahan, tetapi pasti tulang belakang anda tidak akan tegak dan lurus, tetapi condong ke depan.

12. Tekanan pada jari-jari kaki lebih besar, sehingga pada umumnya jari kaki akan bengkok, bentuknya tidak lagi alami seperti biasanya.

13. Beberapa penyelidik menyebutkan bahawa kasut bertumit tinggi mampu memberi kesan ketidak lancaran sistem urogenital. mereka yang memakai kasut bertumit tinggi, sistem pembuangannya tidak lancar, sukar membuang air besar mahupun kecil.

14. Mempengaruhi bentuk tulang dan tubuh.

15. Mempengaruhi kesuburan dan hasrat seksual.

Sebuah kajian menyatakan bahawa sebaiknya menggunakan kasut bertumit tinggi tidak lebih dari 2-4 jam sehari.

No comments

Powered by Blogger.