Valor, Instinct, atau Mystic: Pasukan Mana Anda Perlu Pilih Dalam Pokemon GO?

                          Valor, Instinct, atau Mystic: Pasukan mana anda perlu pilih dalam Pokemon GO?

Valor, Instinct, atau Mystic?

Ini dilema yang dihadapi oleh setiap pemain Pokemon GO apabila mencapai Level 5.

Anda bukan lagi mencari Pokemon untuk diri sendiri, namun bakal ‘berjuang’ di PokeGym atas nama pasukan yang bakal anda pilih.

Jika pasukan anda menang, warna pasukan anda akan dipapar pada PokeGym. Bahkan profil anda sebagai pelatih Pokemon juga akan disertakan dengan lencana pasukan.

Jadi pasukan manakah yang perlu anda pilih?

Team Valor

Valor bermaksud berani. Sepadan dengan nama, pasukan ini menggunakan falsafah bahawa pelatih Pokemon yang baik seharusnya handal menggunakan kekuatan Pokemon dalam bertarung.

Diketuai Candela, pasukan ini tampil burung api Moltres sebagai maskot mereka.

Dalam aplikasi Pokemon GO, Candela mengajak pemain menyertai Valor dengan mesej ini:

“Pokemon lebih kuat berbanding manusia, dan mereka mesra juga. Saya mengkaji cara-cara untuk meningkatkan kuasa semula jadi Pokemon dalam mencari kekuatan sebenar. Tidak syak lagi pasukan kita yang telah berlatih merupakan pasukan terkuat!”

                           Team Valor

Team Instinct

Instinct maknanya firasat. Pasukan ini mementingkan gerak hati dalam memilih dan melatih Pokemon untuk pertarungan. Instinct memilih warna tema kuning.

Maskot bagi Instinct merupakan burung lagenda Zapdos dan pasukan ini diketuai oleh Spark, yang menyeru pemain menyertai pasukannya atas sebab ini:

“Pokemon merupakan makhluk dengan gerak hati yang hebat. Saya yakin rahsia firasat mereka berkaitan dengan cara mereka menetas. Ayuh sertai pasukan saya. Anda tidak akan tewas apabila percaya dengan gerak hati!”

                         Team Instinct

Team Mystic

Mystic dikatakan pasukan paling popular dalam Pokemon GO menerusi tinjauan yang dilakukan oleh akaun Twitter rasmi Pokemon dengan 41 peratus undian.

Pasukan ini tampil dengan warna biru sebagai tema dengan maskot burung ais bergelar Articuno. Mystic mempercayai pendekatan saintifik dan kajian untuk mengenal pasti kekuatan Pokemon dalam pertarungan. Ini pesanan ketua pasukan, Blanche:

“Kebjiaksanaan Pokemon sememangnya mendalam. Saya mengkaji sebab mereka berevolusi. Pasukan saya? Dengan analisis tenang dalam setiap situasi, pasukan kita tidak akan kalah!”

                        Team Mystic\\

Memilih pasukan Pokemon GO

Secara asasnya, tidak ada pasukan yang mempunyai mana-mana kelebihan dalam pertarungan di PokeGym.

Anda boleh memilih untuk menyertai pasukan yang anda lihat dominan di kawasan tempat anda selalu bermain.

Ini akan memudahkan anda untuk berkunjung ke PokeGym dan meletakkan Pokemon anda di sana tanpa perlu bertungkus-lumus bertarung dengan pasukan lain.

Anda juga boleh memilih pasukan yang sama dengan rakan-rakan anda. Pilihan ini menyeronokkan jika anda bersama-sama menyerang pasukan lawan dan mengambil alih PokeGym mereka.

No comments

Powered by Blogger.