Inilah Rupanya Makmal Khas Daripada Facebook Bagi Menguji Aplikasinya

                             13679821_1295609420464130_1661911582_n

Semakin hari, semakin ramai yang mendaftar untuk membuka akaun Facebook. Tambahan pula, akses daripada peranti berbeza mungkin memberikan kelancaran dan interface yang sedikit berbeza. Kehadiran peranti serta fungsi-fungsi terbaru daripada Facebook pastinya memerlukan Facebook untuk sering mengemaskini aplikasi mereka.

Makmal yang dibangunkan Facebook ini merupakan sebuah tempat dimana pelbagai telefon pintar Android dan iPhone diuji bagi memastikan setiap aplikasi yang dikemaskini daripada Facebook Research Lab dapat digunakan dengan lancar. Perubahan yang dilakukan Facebook setiap minggu untuk mengurangkan bug bakal diuji pada telefon-telefon ini.

                           13640657_645116122319758_744976778_n

Mungkin satu atau seratus tidak cukup buat Facebook mendapatkan data yang tepat mengenai bagaimana kelancaran aplikasi Facebook pada telefon pintar, Facebook telah menyediakan hampir 2000 telefon pintar untuk ujian ini. Ya, 2000 telefon pintar meliputi pelbagai iPhone dan Android. Ujian kelancaran, network dan hardware antara yang dititikberatkan oleh Facebook bagi memastikan setiap pengguna mendapatkan akses aplikasi Facebook yang terbaik.

Membangunkan sebuah makmal dengan membolehkan kesemua telefon pintar memberi respon yang positif pastinya bukan sebuah tugas yang mudah. Kesemua telefon pintar ini akan disusun mengikut kategori masing-masing berdasarkan sistem operasi. Sebuah Mac Mini akan dihubungkan pada 4 iPhone manakala 8 buah telefon Android dihubungkan pada OCP Leopard Servers. Kedua-dua mesin ini akan memberikan imput sebaik sahaja ujian aplikasi dijalankan pada telefon pintar. Complicated bukan?

Pihak Facebook juga menekankan bahawa mereka bakal meningkatkan lagi unit telefon berbanding sedia ada. Jika sebelum ini hampir 32 telefon pintar diuji pada hampir 60 rak, dijangkan Facebook bakal meningkatkan sejumlah 2 kali ganda pada masa akan datang. Pastinya ini peluang baik buat semua jurutera komputer diluar sana untuk bekerjasama bersama Facebook.

Sumber: Facebook Code

No comments

Powered by Blogger.