Pasukan Bola Sepak Wanita Kanada Pecah Rekod Gol Terpantas Olimpik

                             

OLIMPIK RIO 2016 – Permulaan yang gemilang ditunjukkan pasukan bola sepak wanita Kanada di Sukan Olimpik Rio 2016.

Pada perlawanan pertama Kumpulan F, pemenang gangsa Olimpik 2012 itu menang ke atas Australia 2-0. Bukan hanya itu sahaja, pemain Janine Beckie berjaya menjaringkan gol dan gol itu mencatat rekod gol terpantas di olimpik iaitu dalam masa 20 saat.

Beckie yang memanfaatkan gol dalam kotak penalti mendapat dari umpanan Christine Sinclair sayap kanan pertahanan Australia. Tetapi Sinclair juga menjaringkan gol iaitu penjaring gol kedua pasukan Kanada.

                              

Pemain Kanada Beckie, 21 tahun, ia menjaringkan gol ke-11 yang membuat 22 penampilan untuk pasukan itu. Dalam 22 perlawanan itu, Beckie 11 kali membuat permulaan dan membuat satu assist.

Dalam perlawanan menentang Australia, Beckie mendapat tendangan penalti tetapi tendangannya di tepis penjaga gol Australia, Lydia Williams.

Malangnya, kemenangan Kanada perlu di beri ucapan tahniah dengan jersi merah yang diterima Shelina Zadorsky. Pemain tengah Kanada itu melakukan pelanggaran kasar terhadap pemain Australia, Michelle Heyman.

Pasukan Kanada akan turun untuk perlawanan kedua menentang Zimbabwe, sabtu ini dan Austral akan lawan Jerman, pada hari yang sama. Jerman sendiri menang berdepan Zimbabwe di perlawanan pertama. “Pasukan itu Wanita jerman menumbangkan lawan dengan kemenangan 6-1. -MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.