Foxconn, Pengeluar Peranti Terkenal Kini Adalah Pemilik Sharp

                            Foxconn

Foxconn telah membuat penawaran pengambil-alihan untuk syarikat pengeluar elektronik terkemuka dari Jepun, Sharp pada bulan Februari yang lalu. Setelah melalui pelbagai fasa pengambil-alihan, kini mereka telah pun menerima pengesahan pihak berkuasa, sekaligus menjadikan Foxconn sebagai pemilik baru Sharp Corp.

Foxconn telah pun mengambil-alih pegangan sebanyak 66% di Sharp pada nilai mencapai $3.81 bilion. Dengan perubahan pemilik ini juga, CEO Sharp telah meletak jawatan, dan CEO baru akan dilantik hari ini.

Foxconn merupakan salah satu pengeluar peranti yang terkenal kerana mengeluarkan peranti daripada Apple. Pengambil-alihan Sharp ini memberikan kelebihan pada Foxconn, memandangkan Sharp turut menyediakan panel paparan untuk sejumlah besar pengeluar telefon pintar.

SUMBER RUJUKAN: WSJ

No comments

Powered by Blogger.