Inilah Hotel Terbesar Di Dunia Sedang Dibina Di Makkah

                 0523-00180-035b1

SEBUAH hotel setinggi 45 tingkat yang sedang dalam pembinaaaan di bandar suci Makkah, Arab Saudi bakal digelar terbesar di dunia.

Hotel yang diberi nama Abraj Kudai ini dikatakan memiliki 10, 000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter.

               Abraj_Kudai_-Urban_Keys

Dijangka bakal dibuka umum tahun hadapan. Kos pembinaan hotel ini dikatakan mencecah hampir RM14 bilion dan dibiayai Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Difahamkan, perkarangan hotel ini akan menempatkan sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Hotel ini juga mempunyai sebuah dewan besar dan pusat konvensyen. 10 menara hotel itu menawarkan layanan perkhidmatan empat bintang manakala, dua lagi menara lima bintang. Manakala, lima tingkat teratas akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi.

Untuk rekod terkini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik kini adalah  First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 bilik.

Seterusnya kedudukan kedua diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bilik. 

No comments

Powered by Blogger.