Inilah Kewujudan Kampung Melayu Di Cameron Highland Yang Ramai Orang Belum Tahu
Ramai yang tidak tahu kewujudan Kampung Taman Sedia yang merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highlands.
Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Di sini terdapat banyak ladang strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra.
Ada ladang yang boleh pengunjung petik buah strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap dibungkus.
Sila bertanya terlebih dahulu kepada ‘staff’ yang bertugas di kauter dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum masuk ke ladang.
Biasanya pengunjung akan diberi bakul dan gunting bagi ladang yang boleh petik sendiri strawberi.
Buah dijual mengikut harga pasaran, biasanya buah yang siap dipacking dijual lebih murah berbanding buah yang dipetik sendiri oleh pelanggan mengikut timbangan berat buah.
Sentiasalah jujur dan pastikan apa sahaja sumber makanan yang masuk kedalam mulut kita, yang akan menjadi darah daging dari sumber yang bersih dan halal.
Biasanya setiap ladang di Kampung Taman Sedia ada menjual buah Strawberi segar dan produk strawberi seperti aiskrim ‘homemade’, jem strawberi, jus serta pelbagai jenis barangan cenderamata..
Di sini juga pengunjung boleh cuba ‘signature dish’ Cameron Highlands iaitu scone yang disapu bersama homemade strawberi jam, butter dan whipped cream yang biasanya dihidangkan bersama teh panas.
Tradisi minum petang yang dibawa oleh British sejak zaman penjajahan. Menu terbaru yang patut dicuba kat sini adalah Nasi Lemak Sambal Strawberi.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia banyak menyediakan bilik, homestay dan chalet untuk di sewa.
Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Cameron Highlands pada cuti sekolah dan cuti umum, anda perlu bersedia berdepan dengan kesesakan jalan raya disini.
Perjalanan dari Pekan Tanah Rata ke Brinchang yang mengambil masa 10 ke 15 minit pada hari biasa, boleh memakan masa sehingga 1 -2 jam pada hari cuti sekolah dan cuti umum.
Kampung Taman Sedia adalah jalan bawah atau salah satu jalan ‘alternative’ untuk ke Brinchang dari Tanah Rata.
Pastikan kenderaan anda diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik. ‘Parking’ kenderaan di tempat sesuai yang tidak menghalang kenderaan serta lalu lintas lain. ‘Respect; give it to get it’.
Jangan buang sampah merata-rata! Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik dan unik di Cameron Highlands yang pengunjung luar tidak tahu. Lebih rela selamanya menjadi ‘unsung place’ kerana bukan semua antara kita yang tahu menghargai alam sekitar.
Sumber: vocket.com
Post a Comment