AdBlock Plus Berjaya Memintas Sistem Anti Penghalang Iklan Facebook
Adblock Plus 1 – 1 Facebook. Keputusan seri dicatatkan di antara dua pihak yang bertelagah sejak awal minggu ini. Facebook mendahului Adblock Plus pada separuh masa pertama dengan kejayaan menghalang pemalam ini dari berfungsi di laman mereka. Pembangun AdBlock Plus lantas menuduh Facebook sebagai anti pengguna kerana memaksa mereka melihat iklan ketika sepanjang masa.Hari ini Adbluck Plus menyamakan kedudukan dan mengumumkan mereka kembali berjaya menghalang iklan di Facebook.
Ini diumumkan menerusi laman mereka. Sungguhpun begitu perlawanan masih belum tamat dan Adblock Plus mengakui Facebook mungkin akan menemui cara baru untuk memintas sistem pintasan yang digunakan sekarang. Dari maklum balas yang anda berikan kami mendapati majoriti amat membenci jumlah iklan yang banyak di Facebook. Tetapi ada juga yang berpendapat Facebook berhad memaparkan iklan untuk perkhidmatan media sosial yang boleh digunakan secara percuma. Apapun pendapat anda mengenai perang iklan ini, kami berharap laman kami disenarai putihkan sekiranya anda menggunakan AdBlock Plus. Terima kasih jika anda telahpun melakukannya.
*Kemas Kini – Facebook sudahpun menemui cara untuk menghalang pemalam menghalang iklan beberapa jam selepas pengumuman dilakukan oleh AdBlock Plus. Kod baru Facebook ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara beransur-ansur. Ketika kemas kini ditulis AdBlock Plus masih berfungsi menghalang iklan pada pelayar kami. Facebook menuduh AdBlock Plus bukan sahaja memadam iklan tetapi status dari teman tertentu serta pages yang diikuti oleh pengguna. Mereka menggesa pengguna supaya tidak menggunakan pemalam menghalang iklan tetapi sebaliknya menggunakan tetapan iklan bagi mendapatkan hanya iklan yang relevan dengan minat mereka. Oleh itu keputusan terkini ialah AdBlock Plus 1- 2 Facebook.
SUMBER RUJUKAN: ADBLOCK
Post a Comment