Gambar Raja Afiq, Hero Sayangku Kapten Mukhriz Berbadan Gempal Yang Tidak Pernah Dilihat
Siapa sangka, Raja Afiq yang merupakan pelakon utama drama Akasia TV3 iaitu Sayangku Kapten Mukhriz rupa-rupanya seorang yang berbadan gempal.
Sebelum Afiq menceburi dunia lakonan, beliau mengakui puas diejek sejak kecil sehingga dia nekad untuk menurunkan berat badan sebanyak 54kg.
Dek keinginan untuk menjadi seorang pelakon juga menyebabkan dia tekad untuk menurunkan berat badan dari 130kg kepada 74kg. Usaha beliau membuahkan hasil apabila dirinya kini digilai ramai gadis dan diambil menjadi pelakon.
Afiq turut berkongsi rahsianya menurunkan berat badan sehingga kini memiliki badan sado selama dua tahun.
“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang.
“Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.
“Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada antara mereka yang pernah ejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya.
Apapun, mungkin pengalaman Afiq ini dapat jadikan panduan kepada orang lain untuk mengamalkan diet seimbang. Jom lihat gambarAfiq ketika beliau berbadan gempal dengan gambar terkini.
Post a Comment