Dipertikai Terima Gelaran Datuk, Inilah Respon Pedas Ifa Raziah Bikin Panas

                             post-feature-image

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut dan juga pelakon terkenal Ifa Raziah yang dikatakan telah menerima gelaran Datuk bulan Januari yang lalu. Malah, ada pihak yang mempertikaikan gelaran Datuk itu.

Susulan itu, Ifa menjelaskan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu daripada penganugerahan yang sah dan sepatutnya tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Bahkan, darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri.

"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja," ujarnya.

Ifa mengakui tidak kisah sama ada mahu dipanggil dengan gelaran tersebut atau tidak dalam industri seni.

"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," jelasnya lagi.

                           Dipertikai Terima Gelaran Datuk, Inilah Respon PEDAS Ifa Raziah Bikin SENTAP!

Bukan itu sahaja, ada pihak yang mempersoalkan gelaran tersebut sama ada Ifa layak atau tidak menerima anugerah itu.

"Tidak apalah kalau ada orang yang mempertikaikan gelaran itu, saya hanya tersenyum, sama ada layak atau tidak hanya pihak yang memberikan gelaran itu sahaja yang tahu. Siapalah kita untuk mempertikaikannya," tambahnya lagi.

Apapun, bagi Ifa gelaran tersebut adalah satu penghormatan bagi dirinya.

No comments

Powered by Blogger.