Digi Menawarkan Pakej Internet Khas Bersempena Pokemon Go Bermula RM1 Untuk 300MB

                                 

Dengan penawaran permainan Pokemon Go di Malaysia, pelbagai syarikat yang telah mengambil kelebihan daripadanya dan menawarkan pakej dan promosi khusus untuknya. Syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom, masing-masing telah menawarkan diskaun 10% untuk pembelian kredit melalui Google Play Store.

Disamping itu, kini Digi turut hadir dengan promosi khusus untuk pengguna prabayar yang inginkan internet untuk memainkan permainan berkenaan. Melalui penawaran Digi, mereka menawarkan dua pilihan melalui pakej yang dinamakan sebagai Pok3Pack.

Pok3Pack TRAINER menawarkan data sebanyak 300MB untuk RM1 dan dengan tempoh penggunaan selama sehari, sementara Pok3Pack Master pula menawarkan data 500MB untuk RM3 dengan tempoh penggunaan selama tiga hari.

Pembelian data ini adalah hanya eksklusif melalui Digi Online ataupun aplikasi MyDigi. Menurut pihak Digi, data yang dibeli turut boleh digunakan untuk aktiviti online lain, dan tidak terhad untuk Pokemon Go sahaja.

Disamping itu, Digi juga turut menawarkan diskaun untuk pembelian aksesori seperti Powerbank melalui Digi Store dan Digi Store Ekspress. Digi menawarkan diskaun sehingga 25%, tetapi terlebih dahulu memerluka sebanyak 25 Pokemon dalam Pokedex pengguna.

SUMBER RUJUKAN: DIGI

No comments

Powered by Blogger.