AWAS! Taktik Terbaru Pukau Di Mesin ATM Yang Anda Perlu Tahu

                              post-feature-image

Tadi aku pergi bank, ada seorang lelaki ini menegur aku. Dia kata duit aku terjatuh semasa beratur. Aku pun tengoklah duit yang dia lempar dan kata duit aku jatuh. Tetapi duit itu dilipat dalam bentuk 3 segi. Aku pun berasa pelik, mana pernah aku lipat duit macam itu sekali.

Pastu, baru aku teringat yang kata-kata itu adalah trick dia untuk kenakan aku. Aku pun main angin dia. Aku suruh dia ambil dan kata itu bukan duit aku. Terus muka dia jadi lain. Dia pun ambillah duit itu dan blah keluar macam itu saja.

Kalau aku ambil duit itu, memang aku akan mendengar arahan dia. Beringatlah kawan-kawan, kalau ada orang tiba-tiba datang tegur seperti itu, jangan kelam mata dan tamak dengan duit. Kalau tak kena gaya, duit kita yang habis. Ada juga orang cari makan guna cara pukau memukau seperti ini.

Dalam bank tak boleh hisap rokok. Dia jampi pada duit, kalau kita ambil duit itu, automatik kita akan mendengar arahan dia. Hati-hati ya kawan-kawan. - Zamzuri Zainon

Sumber: sensasi.org

No comments

Powered by Blogger.