VIDEO Lisa Surihani Buat 'Suprise' Ketika Konsert KRU Mengejutkan Peminat

                        post-feature-image

Baru-baru ini kumpulan KRU telah meraikan ulang tahun ke 25 dengan mengadakan persembahan di Esplanade, Singapura dengan menyanyikan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dulu.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada tiga orang adik beradik iaitu Norman, Edry dan Yusry telah mempersembahkan lagu Oh La La, Awas dan Jangan Lafazkan.

Namun, yang paling menarik ketika konsert ini adalah kemunculan isteri kepada Yusry iaitu pelakon Lisa Surihani sebagai penari latar bagi lagu Oh La La telah mengejutkan penonton.

Malah, pada mulanya kehadiran Lisa tidak diketahui penonton kerana dia menutup separuh muka dengan badana sehinggalah di pertengahan lagu mereka mendedahkan wajah Lisa.

Pasti detik-detik indah ini tidak dapat dilupakan oleh peminat KRU kerana cukup terhibur dengan aksi spontan Lisa.

Berikut video ketika konsert KRU 25 dengan penampilan istimewa Lisa Surihani.

Konsert Kru 25 - Ooh La La @ Esplanade Concert Hall, Singapore

No comments

Powered by Blogger.