Beg Ini Boleh Jadi Tempat Cuci Ketika ‘Travel’

                                      


KETIKA pergi melancong, salah satu perkara paling kritikal ialah basuh pakaian terutama jika bawa banyak baju sehingga terpaksa pergi ke dobi agar keperluan pakaian tetap sentiasa ada.

Melihat masalah tersebut, The Scrubba, sebuah syarikat di luar negara membuat inovasi untuk ramai pengembara khasnya jenis backpacker yang kerap dihimpit dengan persoalan asas tersebut sepanjang perjalanan.

Pada April lalu, mereka memperkenalkan ‘Scrubba Wash Bag‘ yang bukan sahaja boleh menampung pakaian malah menjadi tempat untuk membasuh secara manual jika anda berada jauh dari rumah sendiri.

                                  

                                  

Selain itu, Scrubba Wash Pack mampu membersihkan segala kotoran baju pakaian anda.

Produk ini seumpama tempat cuci secara fleksibel yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Laman web tempatan melaporkan, anda boleh mendapatkan benda unik ini dengan harga AS$55 atau RM219 jika berminat?

Cuba semak terlebih dahulu cara penggunaannya melalui video di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.