Penghargaan, Objektif ,Kaedah, Kajian, Rumusan dan Rujukan Geo PT3 2016

                                 Tips Panduan Tugasan Folio Geo PT3 2016


Artikel ini akan menerangkan contoh membuat Penghargaan, Pendahuluan, Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Rumusan dan Sumber Rujukan berhubung dengan Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) bagi calon PT3 tahun 2016 .

Artikel ini juga boleh dijadikan sebagai panduan dan cetusan idea kepada calon dalam menyiapkan kajian kes tentang Pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon.

CONTOH CARA BUAT PENGHARGAAN, PENDAHULUAN, OBJEKTIF KAJIAN, KAEDAH KAJIAN, RUMUSAN DAN SUMBER RUJUKAN TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2016 

Penghargaan 
Saya (Nama Calon) ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Georgrafi kelas saya iaitu (Nama Penuh).

Beliau telah banyak memberikan panduan, bimbingan dan penerangan kepada saya dan rakan-rakan sekelas (boleh nyatakan nama rakan) yang lain dalam usaha perlaksanaan tugasan kajian kes tentang Pengangkutan di kawasan tempat tinggal saya.

Saya juga bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan kajian kes ini dengan jayanya selain dapat menghantar tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pendahuluan 
Bagi memenuhi kehendak Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016 bagi tugasan kajian kes tentang Pengangkutan, saya dengan ini berpeluang menjalankan kajian kes tentang pengangkutan yang ada dalam jaringan sistem pengangkutan di sekitar tempat tinggal saya/

Saya memilih untuk membuat kajian kes di (nyatakan kawasan kajian). Faktor terhadap pemilihan kawasan kajian kes saya ialah kerana ia bertetapan dengan kehendak tugasan yang telah ditetapkan/

Pemilihan kawasan kajian itu juga memudahkan saya untuk membuat kajian kerana saya mengetahui pengangkutan yang ada dalam jaringan sistem pengangkutan di (nyatakan kawasan kajian)

Objektif Kajian 
Kajian tentang pengangkutan di (nyatakan kawasan kajian) ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

1. Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan
2. Menyata dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan di kawasan kajian (contoh. Pengangkutan Awam)
3. Menyata, mengenalpasti dan menghuraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian 4. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian
5. Memupuk nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Kaedah Kajian
Dalam perlaksanaan tugasan, Saya telah menggunakan beberapa kaedah yang berpotensi membantu saya mendapatkan maklumat secara terperinci, tepat dan bersistematik. Kaedah kajian yang saya gunakan seperti berikut:

1. Pemerhatian Dengan kaedah ini, membantu saya mendapatkan maklumat tentang pengangkutan di kawasan kajian (nyatakan kawasan kajian). Hasil daripada itu saya mendapat pelbagai jenis pengangkutan yang ada dalam jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. (nyatakan jenis pengangkutan / kenderaan. sama ada pengangkutan di darat, laut dan udara)

2. Kaedah Temubual / Tinjauan Melalui Borang Soal Selidik Saya juga telah memilih responden atau individu berpengalaman untuk dijadikan penyataan sumber bagi menerangkan kepada saya tentang pengangkutan serta permasalahan yang sering terjadi di kawasan kajian
Nota: Sila tambah Kaedah Kajian lain yang lebih bersesuaian 

Rumusan 
Rumusan kajian hendaklah relevan dengan kandungan laporan hasil daripada kajian yang telah dilakukan. Sila nyatakan dengan ringkas dan padat bagi menggambarkan hasil dapatan keseluruhan kajian secara umum.

Sumber Rujukan
Menyenaraikan secara ringkas bahan rujukan calon. Contohnya

Orang Sumber: Sertakan nama individu/ pihak dan alamat tempat tinggal
Buku Teks dan Journal: Sertakan nama penulis, tajuk/ judul tahun dan terbitan
Internet (laman web): Sertakan pautan (link) laman web berhubung dengan pengangkutan seperti laman web rasmi Suruhan jaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atau Wikipedia

No comments

Powered by Blogger.