4 Cara Berkesan Selesaikan Masalah Ketiak Hitam
Ketiak adalah bahagian tubuh wanita yang memerlukan penjagaan ekstra.Kulit ketiak yang cerah dan licin menjadi idaman ramai wanita. Masalah ketiak hitam boleh mencacatkan penampilan, terutamanya ketika anda mahu memakai pakaian yang tidak berlengan.
Apakah yang menyebabkan masalah ketiak hitam atau gelap ini wujud?
Setelah mengetahui apa penyebabnya, anda mungkin mahu memutihkan atau mencerahkan kembali ketiak anda yang hitam itu.
Antara Penyebab Ketiak Menjadi Hitam;
1. Sering mencukur dan mencabut bulu ketiak
Sewaktu anda mencabut atau mencukur bulu-bulu ketiak, bahagian pangkal yang masih tersisa sering membuatkan ketiak anda kelihatan lebih gelap. Mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan folikel bulu-bulu ketiak itu membesar, sehingga ketiak anda menjadi kasar. Manakala mencabut atau menarik akar rambut (bulu ketiak), bakal meninggalkan kesan luka ataupun bengkak.
2. Sel kulit mati
Warna hitam pada ketiak juga boleh disebabkan kerana sel kulit mati yang terdapat pada lekukan tubuh anda. Lebih-lebih lagi jika anda kerap menggunakan pakaian ketat. Gesekan antara material dan ketiak boleh membuatkan kulit boleh membuatkan kulit ketiak anda menjadi gelap.
3. Hormon
Peningkatan hormone estrogen dan progesterone boleh menyebabkan ketiak kelihatan lebih hitam. Perkara ini sering terjadi pada wanita yang sedang hamil dan perubahan tersebut jelas kelihatan hingga ke akhir masa kehamilan.
4. Bahan kimia
Bahan kimia seperti merkuri yang terkandung dalam deodorant jenis roll-on boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam.
Jalan Penyelesaian Masalah Ketiak:
Terdapat pelbagai cara yang boleh anda praktik untuk memutihkan atau mencerahkan kembali ketiak anda yang hitam itu. Antara cara semulajadi yang paling efektif;
1. Lemon
Ternyata manfaat lemon bukan setakat untuk mencerahkan kulit wajah. Malahan, lemon juga boleh membantu mencerahkan kembali ketiak yang hitam. Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan, sehingga membantu meregenerasi sel kulit di ketiak serta mengembalikan warnanya menjadi lebih cerah.
Di samping itu, lemon juga adalah bahan pemutih semulajadi yang selamat digunakan pada kulit tubuh. Lemon juga berfungsi sebagai antiseptik dan anti bakteria sehingga mampu merawat ketiak dan mencegah jangkitan kuman.
Potong lemon menjadi beberapa bahagian. Kemudian gosokkan pada permukaan kulit ketiak, setelah itu bilas dengan air. Lakukan secara rutin, dijamin kulit ketiak anda semakin cerah.
2. Mentimun
Mentimun merupakan salah satu bahan yang sering digunakan untuk kecantikan. Selain dijadikan sebagai penyegar wajah dan mata, mentimun juga boleh dijadikan masker ketiak.
Hancurkan mentimun, kemudian sapu pada kulit ketiak yang berwarna gelap. Biarkan selama lebih kurang 15 minit, bilas dan bersihkan dengan tuala.
3. Kentang
Kentang juga boleh memutihkan dan mencerahkan ketiak. Cara untuk membuatnya juga cukup mudah, hancurkan sebiji kentang. Jadikannya seperti masker, kemudian aplikasikan pada kulit ketiak. Lakukan secara rutin, masker kentang ini boleh membantu memutihkan serta menghaluskan kulit ketiak anda.
4. Yogurt & Kunyit
Campurkan yogurt dan kunyit. Jadikannya berbentuk scrub dan gunakan pada ketiak yang gelap. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Campuran ini merupakan ‘bleaching’ semulajadi bagi ketiak dan bakal mencerahkan kembali kulit ketiak anda yang gelap itu.
Post a Comment