5 Penyebab Perut Lapar Walaupun Baru Sejam Makan

                                   Penyebab Perut Cepat Lapar - Woman Online Magazine


Perut lapar? Anda pasti pernah mengalami, tak sampai dua sejam makan, dah-dah perut lapar kembali.

Apa masalahnya nie? Kalau tak makan, tak apalah juga. Ini baru dua jam, rasa lapar muncul lagi. Tahukah anda lapar muncul kerana adanya keinginan untuk makan. Perasaan lapar itu sendiri merupakan respons tubuh ketika tubuh memerlukan energi baru untuk melakukan aktiviti. Di samping itu juga untuk perkembangan tubuh yang boleh dipenuhi dengan cara anda menikmati makan.

Berikut sebab-sebab ataupun punca yang menyebabkan munculnya rasa lapar tersebut:

1.Tidak Bersarapan Pagi
Tidak bersarapan pagi juga boleh menjadi punca anda sering berasa lapar. Jadi, untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang ok dan perut tidak berbunyi, jangan abaikan kelebihan bersarapan pagi.

2. Dehidrasi
Kurang minum air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat lapar. Pastikan anda minum banyak air secukupnya untuk tubuh, paling kurang 8 gelas sehari.

3. Makan Cepat-Cepat
Makan terlalu cepat juga boleh mengundang perut lapar. Hormon di dalam tubuh tidak boleh bekerja dalam waktu anda makan terlalu cepat. Anda patut percaya bahawa semakin lama anda mengunyah makanan, maka anda akan berasa kenyang lebih lama.

4. Stress
Stress juga boleh menjadi punca perut lapar dan pada waktu itu, anda pasti akan terasa ingin memakan semua makannan.

5. Kurang Tidur
Ternyata kurang tidur akibat berjaga pada malam hari serta tidak cukup rehat juga boleh menjadi penyebab perut lapar.Disebakan kurang rehatlah, tubuh susah untuk menghasilkan hormon yang meransang rasa kenyang.

Sumber: wom.my

No comments

Powered by Blogger.