10 Rahsia Kejelitaan Wanita Dengan Khasiat Limau Purut
Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix ini tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Buah limau purut berbentuk bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.
Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa.Buahnya pula sering sebagai antara bahan penting upacara mandi bunga dan mandi wap yang memberikan kesegaran. Kini, perkembangan teknologi sedang menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma terapi daripada pati limau purut.
Kelebihan Limau Purut:
1. Bersifat antihysteria, anti tumor, pencuci asli, antiseptik, antibakteria dan banyak lagi.
2. Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
3. Membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
4. Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
5. Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian, ia dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
6. Jika anda inginkan rambut yang bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan perahkan jusnya di atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Rambut akan sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumuur.
7. Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak daripada masalah kekuningan pada gigi.
8. Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.
9. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
10. Bagi mendapatkan kesegaran selepas mengalami kepenatan, daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudian dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan kembali segar dan bermaya.
Post a Comment