Bahan Rujukan Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan

              Pangangkutan Folio Geografi PT3 2016

TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN: 

Pengangkutan adalah kegiatan pemindahan yang membawa sesuatu (hidupan atau barangan) daripada satu destinasi ke destinasi lain melalui jaringan sistem pengangkutan yang ada dengan menggunakan kenderaan bersesuaian fungsinya.

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, laut dan udara.

KONSEP: JENIS DAN PERANAN PENGANGKUTAN 

1- Pengangkutan Darat

Melalui jaringan sistem pengangkutan di jalan raya membabitkan kenderaan seperti kereta, bas, van, lori, treler, motosikal dan basikal manakala Rel pula adalah kereta api, komuter, LRT dan Monorel

2- Pengangkutan Udara

Melibatkan jenis kenderaan udara seperti Kapal Terbang dan Helikopter yang kebiasaannya membawa penumpang dan barangan (kargo) melalui sistem penerbangan domestik atau antarabangsa

3- Pengangkutan Laut

Melibatkan kenderaan yang boleh bergerak atas air seperti kapal kargo, kapal pesisir pantai dan kapal penumpang

Peranan Sistem Pengangkutan

-Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara (Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran / Meningkatkan taraf hidup penduduk dan pendapatan negara)

-Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi Mengelakkan pembaziran (Barangan tidak tahan lama seperti susu / keju dan mentega dapat diagihkan dengan segera bagi mengelakkan pembaziran)

-Menggalakkan pergerakan tenaga buruh (Pekerja mahir / separuh mahir dan tidak mahir dapat berpindah dari satu tempat ke tempat lain mengikut permintaan pasaran)

-Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan (kehadiran pelancong dan pelabur asing dapat menambahkan pendapatan negara)

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN 

Kos Pengangkutan 
-Kos yang tinggi akan mengurangkan keuntungan

Jenis dan Sifat Barang 
-Barang berat / besar / pukal dan bernilai rendah biasanya menggunakan pengangkutan laut /rel
-Barang kecil / bernilai tinggi dan tidak tahan lama menggunakan pengangkutan udara / jalan raya

Risiko Kerosakan 
-Barang kecil / bernilai tinggi dan tidak tahan lama menggunakan pengangkutan udara / jalan raya
-Barang mudah rosak / cepat busuk seperti ikan / sayuran dan buah-buahan » gunakan pengangkutan yang dilengkapi kemudahan hawa dingin / penyetoran sejuk

Nilai Barang
-Barang mahal/ bernilai tinggi (Pengangkutan udara jika jauh) Barang bernilai rendah (guna jalan raya / rel atau laut)

Kesegeraan – Kecepatan 
-Ubat atau bekalan makanan misalnya untuk mangsa bencana alam
-Perlu dihantar segara » guna helikopter dan kapal terbang

Jarak Perjalanan Dan Destinasi 
-Penghantaran jarak dekat » jalan raya
-Jarak jauh » guna keretapi
-Kawasan terpencil » helikopter

Saiz, Berat dan Kuantiti Barang 
-Muatan kecil dan ringan » guna kapal terbang dan kereta
-Muatan besar dan berat » guna lori, keretapi dan kapal

Keselesaan 
-Kapal Terbang » lebih selesa
-Perjalanan lama » Di Malaysia Penumpang lebih gemar memilih keretapi.

Kemudahan
-Penghantaran dalam negeri » jalan raya pilihan utama kerana mudah didapati (Rangkaian sedia ada di merata tempat)
-Kemudahan yang terdapat di negara atau tempat penerima

Semoga bermanfaat...

No comments

Powered by Blogger.