Yakjuj dan Makjuj Turun di Akhir Zaman, Siapa Mereka?



ANDA tentu sudah tahu dua nama yang sering disebut ini bukan? Ya, mereka akan hadir ke tengah-tengah manusia di dunia pada akhir zaman kelak, setelah turunnya Nabi Isa AS. Ya'juz dan Ma'juz akan merebak ke seluruh dunia dan mengepung Nabi Isa beserta kaum Mukminin di sebuah gunung di Baitul Maqdis. Pengepungan ini membuat kaum Mukminin menjadi sangat tertekan dan ketakutan. Lalu, sebenarnya siapa mereka?

Ada yang berpendapat bahawa Ya'juz dan Ma'juz adalah nama bangsa Ajam (bukan Arab), seperti Thalut dan Jalut.

Pendapat lain menyebutkan, bahawa Ya'juz dan Ma'juz diambil dari kalimat berbahasa Arab yang berbunyi 'Ajjat an-nar, yang bermaksud api yang menyala-nyala. Mereka dinamakan seperti ini kerana mereka adalah bangsa yang jahat yang sentiasa membakar dan membuat kerosakan di muka bumi.

Ada pula pendapat yang mengatakan, bahwa penamaan Ya'juz dan Ma'juz diambil dari kalimat: al-Ma 'al'-Ajaz, yang bermakna air yang sangat masin.

Pendapat lain ada yang mengatakan, bahawa penamaan ini diambil dari kata al-'Ajj, yang artinya sangat memusuhi dan melawan.

Itulah beberapa pendapat yang memberitahu siapa itu Ya'juz dan Ma'juz. Pendapat yang berbeza mungkin membuat kita bingung siapa sebenarnya mereka. Namanya manusia, tentu mempunyai cara berfikir yang berbeza, maka tak hairan pendapat mengenai hal ini pun berbeza. Sebab, kebenaran yang mutlak adalah hanya ada pada sisi Allah SWT.

Wallahu 'alam.

No comments

Powered by Blogger.