Telefilem Mek Kelate TV3


Sebuah telefilem yang akan menyinari malam minggu ini berjudul Mek Kelate dibintangi oleh beberapa pelakon hebat tanah air antaranya Janna Nick, Kilafairy, Fasha Sandha, Redza Rosli dan ramai lagi.

Mek Kelate berkisar mengenai 3 orang rakan karib yang berasal dari Kelantan iaitu Mek Tie, Mek Nor dan Mek Yea yang menaiki bas untuk pergi ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki yang halal. Dalam melaksanakan misi, berbagai-bagai cabaran dan ragam yang dilalui di ibu kota oleh mereka.

Kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Mek Kelate TV3 yang akan ke udara pada jam 10 malam hari Sabtu ini yang bertarikh 18 Jun 2016 pada slot Cerekarama TV3.

Sekiranya anda terlepas untuk menonton telefilem ini di kaca televisyen, jangan risau penulis akan menyediakan download secara percuma sebaik sahaja telemovie tamat suatu hari nanti.

No comments

Powered by Blogger.