Mahu Pinang Lelaki Jadi Suami? Fida Ibrahim Jelaskan Keadaan Sebenar BIKIN PANAS
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan juga pelakon Fida Ibrahim yang kini berjaya sebagai usahawan muda. Bagi Fida, pencapaian itu tidak sesekali membuka jalan mudah untuk beliau menemui kekasih hati dan seterusnya mendirikan rumah tangga.
“Fida tidak mahu bercinta lagi kerana pada ketika ini tidak mahu membuang masa dengan masa Fida yang sememangnya terhad sekarang. Disebabkan saya sibuk, saya tidak mahu ada pihak yang terasa.
"Malah ada yang kata, ingatkan sudah sukses dalam hidup senanglah untuk dapat jodoh, tetapi rupa-rupanya orang lagi susah hendak dekat dengan kita," katanya.
Bahkan, Fida mengakui bahawa jika dia menjumpai orang yang sesuai dengan dirinya, dia tidak keberatan untuk pinang lelaki itu.
“Kali ini bukan saya tunggu orang meminang saya, sebaliknya kalau dalam berkawan saya rasa ada yang sesuai dan lelaki itu mampu membimbing saya dunia dan akhirat, saya mahu meminangnya agar menikahi saya . Tidak kisah orang hendak kata apa, asalkan tidak melanggar batas, apa salahnya?,” katanya lagi.
Fida menjelaskan tindakan beliau untuk meminang lelaki bukanlah kerana terlalu terdesak mahu berkahwin malah pada ketika ini juga beliau masih sibuk menumpukan perhatian kepada bidang perniagaannya.
Bagi Fida tidak salah jika perempuan meminang lelaki kerana Rasulullah juga pernah dipinang oleh Siti Khadijah dahulu. Fida kini mengusahakan sebuah kilang pembungkusan serum dari Korea Selatan yang dibekalkan untuk sebuah syarikat.
Apapun, semoga Fida temui jodoh yang sesuai dan terus sukses dalam perniagaannya.
Post a Comment