Tanda-tanda Mengetahui Kanser Pangkal Rahim


Kanser pangkal rahim atau kanser serviks ini mempunyai beberapa tahap untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa.

Ramai remaja masakini yang mempunyai penyakit dan mudah alergik. Bakteria mudah membiak dan menyebabkan faraj gadis itu mudah gatal-gatal. Oleh itu, ubati segera supaya tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Jika dibandingkan dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ia disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan dengan serta-merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir semua wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu:

1. Squamous cell carcinoma
Jenis barah pangkal rahim yang kerap berlaku. Ia bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma
Jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Namun, di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang penting adalah semua wanita perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar sakit puan sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu atau gabungan gejala-gejala seperti berikut:

1. Pendarahan selepas hubungan seks.
2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
4. Perdarahan dari kemaluan selepas disahkan putus haid.
5. Hilang selera makan.
6. Turun berat badan dengan mendadak.

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:

1. Melakukan hubungan seks pada usia muda
2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
3. Merokok
4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
5. Wanita yang sering melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki.

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang menghidap kanser pangkal rahim iaitu:

1. Pembedahan
2. Rawatan Radioterapi
3. Rawatan Kemoterapi
4. vaksin HPV (Human Papillomavirus)

No comments

Powered by Blogger.