Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016

Ibarat sudah menjadi satu kemestian bagi seluruh umat Islam di negara ini tidak ketinggalan untuk berkongsi ucapan atau pantun apabila sudah menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi memeriahkan suasana pada setiap tahun.

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016:

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini...rancang perjalanan sebelum pulang ke kampung masing-masing.

No comments

Powered by Blogger.