Harga Langganan Astro Sports Pack Meningkat Bermula 1 Ogos 2016

                             


Di dalam dunia siaran tv satelit berbayar, Astro ialah pembekal perkhidmatan nombor satu di negara. Antara sebab mereka mendominasi arena ini ialah kerana kekurangan saingan dan hak siaran bola sepak eksklusif untuk beberapa liga dunia. Kepada pelanggan pakej Astro Sports Pack, bayaran langganan anda akan meningkat sebanyak RM 8.48 bermula 1 Ogos ini.


                                Astro-Sports-Pack-Harga-Naik-1

Harga langganan baru ini termasuk dengan 6% cukai GST. Harga baru ini ditetapkan kerana bayaran penyiaran yang meningkat oleh Liga Perdana Inggeris. Pada masa yang sama, Astro turut menekankan yang mana mereka menambah dua saluran lagi di bawah pakej sukan mereka, iaitu saluran e-sukan dua puluh empat jam  baru yang dinamakan eGG Network dan juga saluran BeIn Sports yang menawarkan liputan bola sepak di Eropah. Dua lagi saluran tambahan Astro Super Sport 4 dan Astro Arena HD turut diperkenalkan.

Dengan harga baru ini setiap pelanggan Astro Sports Pack akan diberikan prebiu OD Plus, Astro Cricket dan Setanta Sports selama 60 hari dari  16 Julai ke 16 September. Kepada yang melanggan diharap anda menyedari harga baru yang bakal berkuat kuasa sebulan dari sekarang.

Sumber: ASTRO

No comments

Powered by Blogger.