Inilah Padahnya Akibat Memakai Seluar Skinny Jeans Yang Terlalu Sendat


Tidak dinafikan, seluar skinny jeans kini memang menjadi pilihan ramai wanita dan lelaki kerana ianya boleh memaparkan sisi kaki yang panjang dan kurus sekali gus menampakkan si pemakai kelihatan segak.

Namun tahukah anda pemakaian seluar jeans skinny yang terlalu sendat boleh memudaratkan kesihatan kepada si pemakai?

Amaran ini telah dikeluarkan oleh doktor sendiri selepas terdapat kes seorang wanita yang memakai seluar jenis itu tidak boleh berjalan selama empat hari tanpa bantuan.

Akibat seluar jeans yang terlalu ketat itu, doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada otot serta saraf di kakinya.

Terdapat satu lagi kes yang melibatkan pemakai seluar skinny jeans ini di mana kaki seorang wanita yang berusia 35 tahun telah membengkak dan seluar yang dipakainya terpaksa dipotong untuk rawatan.

Wanita tersebut pada mulanya dikatakan terasa kebas di kaki sebelum mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya.

Dia kemudiannya terjatuh serta terbaring sebelum ditemui beberapa jam selepas itu dan doktor telah mengesahkan otot dan saraf di kakinya telah rosak akibat tekanan yang berpanjangan.

Ianya berpunca daripada seluar jeans yang terlalu ketat yang memberi tekanan kepada kaki si pemakai dan amaran ini telah dikeluarkan oleh Jurnal Neurologi, Neurosugeri dan Psikiatri.

Menurut Profesor Thomas Kimber, kes ini merupakan komplikasi baru yang melibatkan neurologi akibat daripada pemakaian seluar skinny jeans.

Siapa yang tidak gemar memakai seluar jeans, dari orang biasa, bintang Hollywood sehinggalah isteri kepada Putera William, Kate Middleton juga suka memakai seluar jeans.

Tetapi harus diingatkan bahawa seluar yang 'sendat' ini boleh memudaratkan kesihatan si pemakai dan bukti yang ada ini perlu dijadikan iktibar supaya tidak berlaku kepada kita.

No comments

Powered by Blogger.