6 Manfaat Bercium Yang Perlu Anda Tahu


Ciuman bukan hanya sebagai tanda sayang atau ikatan fizikal. Lebih dari itu, ciuman memberikan pelbagai manfaat yang anda pun tidak pernah tahu. Dan inilah yang akan terjadi di dalam tubuh kita ketika berciuman.

Jom kita lihat fakta dan juga merupakan faedah ciuman yang selalu mengamalkannya!

1. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan.

Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan hormon yang menyebabkan tekanan.

2. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

3. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

4. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri kepada anda.

Inilah sebahagian manfaat apabila bercium yang perlu anda tahu!

No comments

Powered by Blogger.