Pelajar Wanita Kecewa Diubah Nama Menjadi Isis Dalam Majalah



CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi 'Isis' di dalam majalah tahunan sekolahnya.

Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa 'ditukar nama dengan sengaja' dengan seorang pelajar lain yang bernama 'Isis Philips'.

Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.

Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.

"Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas," kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.

Sementara itu, Bayan yang memuatnaik gambarnya yang telah 'disalah cetak' mendapat simpati di laman sosial Twitter.

"Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini," Kata Boosh di Twitter.

"Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya," kata Ric Fouad.

No comments

Powered by Blogger.