Inilah Tanda-Tandanya Sebelum Isa AS Muncul di Akhir Zaman



KITA tahu bahawa di akhir zaman kelak, Nabi Isa AS akan turun ke muka bumi ini. Kedatangannya membawa keberkatan dan kemenangan bagi kita, sebagai seorang Muslim. Sebab, ia boleh menjadi pedoman bagi kita untuk sentiasa mengarahkan kita pada arah kebenaran. Lalu, apakah anda tahu seperti apa tanda-tanda sebelum kedatangannya?

Turunnya Isa untuk kali kedua dunia ini bermula dengan huru hara besar di dunia yang dipanggil al-malhamah kubra sebagai contoh penaklukan kota Konstantinopel oleh kaum Muslimin, munculnya al-masih Dajjal dan peperangan besar antara kaum Muslimin dengan Yahudi.

Ketika peperangan mencapai kemuncaknya dan kaum Muslimin hampir dikalahkan oleh Yahudi, maka turunlah pertolongan Allah. Iaitu, Allah dengan kudrat-Nya dan keesaan-Nya menurunkan utusan-Nya yang mulia iaitu Isa Al-masih putera dari  suci Maryam di Syam.

Tanda yang pasti adalah apabila solat Subuh berjamaah di dalam masjid makmur, penuh seperti solat Jumaat. Fenomena ini menunjukkan bahawa keimanan kaum Muslimin berada pada tahap hampir seperti zaman sahabat, di mana seluruh laki-laki baligh melakukan solat di masjid dengan tepat waktu dan berjamaah. Pada saat seperti inilah pertolongan Allah diturunkan, yaitu Allah menurunkan hamba-Nya Isa Almasih.

Hal tersebut ditunjukkan dalam hadis dari Abu Hurairah RA yang terdapat dalam Shahih Muslim, bahawa ia berkata, "Ketika mereka bersiap-siap menghadapi peperangan dan meluruskan saf solat, turunlah Isa putera Maryam lalu mengimami mereka."

Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah RA dengan lafaz, "Kemudian turun Isa putra Maryam dari langit, memimpin umat manusia. Maka, apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuknya, dia berkata, 'Allah mendengar orang-orang yang memujinya, Allah memusnahkan Dajjal, dan memenangi kaum Muslimin. "

Rujukan: Armageddon Peperangan Akhir Zaman Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat, dan Injil / Karya: IR. Wisnu Sasongko, M.T / Penerbit: Gema Insan

No comments

Powered by Blogger.