Inilah Kelemahan Yahudi Israel Yang Perlu Diketahui Umat Islam


Yahudi Israel kebiasaan mempunyai kekuatan tetapi ada perkara yang membuat golongan mereka lemah dengan Islam. Inilah kelemahan yang ketara tentang Yahudi Israel yang umat Islam perlu tahu.

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordan.

Ketika di Jordan beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid.

Setelah melihat sebentar lalu tentera Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid," - tentera Israel menjawab

Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya:

"Kenapa?"

Tentera Israel tersebut pun menjawab di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis:

"Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur."

Allahuakbar !!!

No comments

Powered by Blogger.