Terbongkar Inilah Kisah Sebenarnya Unta Gigit Tengkuk Seorang Lelaki

rajasthan-hd-wallpapers-camel

Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya. Menurut Harian Metro ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu yang sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya dengan mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

"Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus."

Seramai 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya dan apa yang difahamkan haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya. Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.