Akhirnya Mira Filzah Perjelas Keadaan Sebenar Didakwa Bercinta Dengan Zizan Razak


Beberapa hari lepas kecoh apabila ada desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik Mira Filzah bercinta dengan pelakon filem Polis Evo iaitu Zizan Razak.

Namun, Mira menafikan tentang gosip tersebut dan menjelaskan bahawa dia masih solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Malah, hubungan dengan Zizak hanyalah sekadar teman rapat sahaja dan tidak lebih dari itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai rakan sesama industri.

Desas-desus mengenai gosip cinta antara mereka mula tercetus apabila mereka dikatakan dilihat berdua menemani Mira membuat laporan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Hubungan mereka juga mula mendapat perhatian ramai sejurus selepas kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sebelum ini, Mira pernah menyatakan bahawa kerjayanya sebagai insan seni membuatkan beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mencari kekasih hati kerana jadual kerjaya yang padat sehari-harian. Malah beliau juga menafikan sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang gosip cinta yang dikaitkan dengannya.

Apapun, semoga isu ini tidak dipanjangkan lagi. Lagipun tuan badan sendiri telah tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

No comments

Powered by Blogger.