Ketahuilah 5 Perkara Si Suami Mahukan Hubungan Intim Yang Isteri Perlu Tahu


Jom ketahui 5 perkara yang golongan suami mahukan ketika melakukan hubungan intim. Ini kerana, persoalan tentang apa yang suami mahu ketika hubungan intim pastinya menjadi tanda tanya buat pasangan. Jadi si isteri perlu mengambil tahu apakah yang suami anda inginkan ketika di ranjang untuk jadikan masa bersama lebih berharga.

Inilah 6 perkara yang suami mahu ketika hubungan intim:

# Lingerie Seksi

Tidak salah untuk membeli pakaian dalam seksi khas untuk buatkan suami teruja. Menurut kajian, lelaki mudah terangsang dengan elemen seksi, lebih-lebih lagi jika si isteri yang memakai pakaian dalam di depannya. Kini ada banyak pilihan dan selalunya fabrik satin dan renda antara yang popular.

#Isteri Ambil Inisiatif

Suami suka memulakan hubungan intim walaupun si isteri bukan dalam mood yang sama. Tetapi bagi mereka adalah satu penghargaan jika si isteri boleh tunjukkan semangat apabila bersama-sama dalam menjalin hubungan intim dan akan lebih teruja jika dimulakan sendiri oleh isteri. Jangan biarkan suami bertepuk sebelah tangan!

#Foreplay

Hubungan intim bukan boleh dilakukan secara automatik. Pastinya ia memerlukan sentuhan, belaian dan cumbuan mesra terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Jadi, sama-sama bergurau senda untuk bermesra dan bermanja sebagai mukadimah cinta

#Berani Mencuba Posisi Baru

Lelaki gemar mencuba sesuatu yang baru ketika sesi intimasi ini. Mereka sering berharap jika mereka inginkan posisi yang baru si isteri lebih terbuka dengan cadangan itu.

#Memuaskan Si Isteri

Lelaki tidak akan membiarkan dirinya sahaja yang mencapai klimaks. Mereka juga mahukan si isteri turut mencapai klimaks. Kadang-kadang terdapat wanita yang susah untuk mencapai klimaks tetapi lelaki juga perlu lebih terbuka untuk mencuba cara tertentu supaya si isteri juga turut mencapai klimaksnya.

No comments

Powered by Blogger.