5 Superhero DC Yang Paling Terkenal

Marvel dan DC adalah Dua Gergasi yang merajai dunia superhero komik. Sama halnya dengan Marvel, DC terus berusaha membesarkan namanya di dunia itu dengan mengeluarkan banyak suphero atau pahlawan super yang terus bertaraf antarabangsa seperti Superman, Batman dan sebagainya. Jadi, siapa sajakah 5 karakter superhero DC yang paling dikenali dunia? Berikut 5 hero DC yang paling popular:

1. Superman

superman

Dihantar oleh orang tuanya dari Planet Kripton, ia diterimaoleh keluarga Kent dan dibesarkan dengan seorang yang bijaksana sebagai seorang laki-laki bernama Clark Kent. Dari kekuatannya yang berasal dari matahari, ia menjadi Superman untuk melindungi umat manusia dengan menegakkan keadilan, kebenaran dan kebaikan. Ia-lah blueprint dari semua superhero lain.

Tentu saja jika kita membicarakan mengenai superhero atau pahlawan super terbaik maka Superman pasti berada di tangga teratas. Ini kerana ia merupakan superhero pertama yang muncul dalam komik, memang ada superhero lain selain dia, tetapi superhero itu tidak mempunyai kekuatan sebanyak dan benar-benar hebat seperti Superman. Superman adalah iconic yang paling terkenal di dunia komik.

2. Batman

batman

Bruce Wayne menyaksikan kematian kedua ibu bapanya selagi ia masih kecil dan berjanji untuk melakukan balas dendam atas hal ini. Ia berlatih secara menyeluruh berkaitan atas kesempurnaan mental dan fizikal, mempelajari kemampuan detektif, bela diri, dan psikologi jenayah. Miliuner yang berkostumkan kelawar, ia memberikan rasa takut kepada semua musuhnya dan melindungi Bandar Gotham dari kejahatan.

Jika dibandingkan dengan superhero lain, Batman tidak boleh benar-benar dibilang superhero kerana ia hanyalah seorang manusia biasa tanpa kekuatan apapun. Tapi itu semua ditutupinya dengan kepintaran dan kepakaran dalam strategi, bela diri serta keberaniannya. Bayangkan seorang jutawan yang menghabiskan kehidupannya untuk menegakkan kebenaran, itulah Bruce Wayne.

3. Wonder Woman

wonder woman

Lahir di Pulau bernama Themyscira dan merupakan bangsa pejuang Amazon, Diana adalah seorang puteri, duta besar dan juga seorang pejuang. Dengan kekuatan supernya yang diperolehi dari Dewa Olympus, ia datang ke Amerika untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan kebaikan. Sering disebut sebagai Superman hanya saja muncul dalam bentuk seorang wanita.

Jika kita membicarakan mengenai superhero DC, maka Trinity DC tidak boleh dilupakan. Wonder Woman bersama-sama dengan dua superhero terbaik di bawah, adalah anggota dari Trinity keluaran DC. Tidak hanya itu saja, Wonder Woman pada masa ia dikeluarkan merupakan simbol dari kewanitaan dan duta besar perdamaian dan cinta. Tidak menghairankan jika Wonder Woman masuk ke senarai teratas superhero DC.

4. Hal Jordan- Green Lantern

green lantern

Dinilai layak dan pantas, Hal Jordan dipilih menjadi anggota dari Green Lantern untuk melindungi Sector 2814 (Bumi). Kekuatannya diperolehi dari alien bernama Abin Sur yang berada di titik kematiannya. Di tahun-tahun selepas ia menjadi ahli Green Lantern, Hal Jordan telah mencatatkan namanya di senarai kepahlawanan alam semesta dan dikenali sebagai Green Lantern terbaik yang pernah ada.

Salah satu punca mengapa ia berada di tangga teratas superhero DC mungkin kerana ia adalah anggota dari Justice League, iaitu pasukan seperti pembalas buatan Marvel yang merupakan kumpulan dari berbagai superhero keluaran DC seperti Batman dan Superman. Selain daripada itu, ia juga merupakan watak yang berjaya menonjol dari sebuah pasukan bernama Green Lantern.

5. The Flash

the flash

Dikenali juga sebagai nama "Scarlet Speedster" atau "Manusia Tercepat yang Pernah Ada". The Flash sendiri tidak merujuk kepada satu orang saja, ia merujuk kepada nama 5 orang yang pernah digelar gelaran ini, iaitu Jay Garrick, Barry Allen, Wally West, Jesse Chambers dan Bart Allen. Di antara kelima orang ini, ada satu watak yang dikenali sebagai superhero terbaik DC, iaitu Wally West. Walaupun ia bukan The Flash pertama atau kedua, ia-lah yang membesarkan nama The Flash hingga kita kenal sekarang ini. The Flash sendiri dikatakan lebih cepat daripada Superman.

Nama Wally West terkenal juga kerana ia adalah penemu dari Speed ​​Force, iaitu sekumpulan The Flash. Wally Sendiri juga merupakan ahli Teen Titans, New Teen Titans dan Justice League, hal ini membuktikan bahawa Wally West adalah orang yang berperanan besar dalam watak superhero The Flash. Tahukah anda kalau The Flash juga muncul di Filem Smallville sebagai Bart Allen?

No comments

Powered by Blogger.