Khai Bahar Dilamar Rakaman NAR Records

    

Siapakah Khai Bahar sebenarnya yang sekarang menjadi viral di media sosial termasuk di Youtube kerana bakat suaranya yang merdu? Anda mesti nak tahu kan. Disini saya akan kongsikan serba sedikit kisah Khai Bahar yang sekarang berjaya menjadi artis.

Setelah mendapat perhatian netizen di media sosial melalui video karaoke duet menerusi aplikasi Smule dengan Siti Nordiana, Khair Mohamad nama sebenarnya akhirnya dilamar sebyah syarikat rakaman NAR Records.

Khai Bahar, 22 atau nama sebenarnya Muhammad Khairul akui tidak menyangka lagu duetnya dengan Siti Nordiana itu membuatkan dirinya dikenali ramai.

"Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke.

"Terdahulu pernah video karaoke saya menyanyikan lagu Rela Ku Pujuk dan viral di laman sosial Facebook. Tapi saya tidak menyangka bahawa video Smule duet bersama Siti Nordiana dengan lagu resipi berkasih,memori berkasih dan ku tak kan bersuara membuatkan saya lebih dikenali ramai, "katanya lapor Media Hiburan.

Khai memuat naik video duetnya dengan Siti Nordiana melalui lagu, Memori Berkasih di Youtube pada 16 April lalu dan setakat ini ia telah ditonton lebih satu juta tontonan.

Mempunyai hobi menyanyi, Khai memberitahu pernah mencuba nasib untuk mengikuti pertandingan realiti Akademi Fantasia dua kali namun gagal.

Namun dengan hobi tersebut, Khai telah diambil bekerja sebagai penyanyi busking di sebuah restoran di Sarawak.

"Sekarang ini saya sudah menjadi artis di bawah label NAR Records untuk tempoh dua tahun, manakala kerjaya sebagai seorang penyanyi di Sarawak masih lagi diteruskan atas nasihat NAR Records.

"Jika diikutkan sudah lama syarikat ini mahu mengambil saya sebagai artis rakaman mereka. Namun saya masih belum bersedia pada ketika itu, "katanya.

Terkini Khai Bahar Dilabel Suara Emas:

Penyanyi baru, Khai Bahar mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.

Dilabel sebagai suara emas, Khai mendapat perhatian program Silet selepas videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral.

Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai. Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.

Biodata Penuh Khai Bahar:


 

Nama samaran: Khai Bahar
Nama penuh: Muhamad Khairul Baharudin
Umur: 22 tahun (2016)
Asal: Perlis
Pekerjaan: Penyanyi jalanan
Instagram:  https://www.instagram.com/khaibahar94/?hl=en
Twitter : https://twitter.com/khaibahar94
Facebook Fanspage: https://www.facebook.com/KhaiBaharFansPage/

No comments

Powered by Blogger.