5 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

                          Image result for 5 Film Yang Diharamkan Di Malaysia

Walaupon dikatakan sesebuah filem menghiburkan kepada setiap penonton yang datang ke pawagam untuk menonton filem yang ditayangkan, tetapi terdapat sesetengah filem yang mempunyai unsur-unsur lucah, adegan seks yang kurang menyenangkan telah diharamkan ditayangkan di pawagam. 

Berikut adalah senarai lima buah filem dari antarabangsa mahupon juga tempatan yang diharamkan di Malaysia:


1. The Wolf of Wall Street

Filem arahan Martin Scorsese yang dibintangi oleh pelakon terkenal Leonardo Dicaprio ini telah diharamkan tayang dipawagam kerana dikatakan mempunyai unsur lucah dan aksi seks. Selain Itu, filem ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah "fuck" sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.82 Kali seminit. Tidak hairanlah filem ini diharamkan!!! 

2. Sex Tape

 Filem ini juga dikatakan mempunyai unsur seks yang melampau yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Filem arahan Jake Kasdan yang dibintangi pelakon hebat Cameron Diaz yang mengisahkan pasangan suami isteri, Jay and Annie Hargrove yang mempunyai dua anak, tetapi melakukan hubungan seks setiap kali mempunyai peluang.

3. The Raid 2:Berandal

Jika sebelum ini filem The Raid :Redemption arahan Gareth Evans telah berjaya ditayangkan dipawagam pada tahun 2011, sekuel kepada filem ini pula telah haram ditayangkan kerana dikatakan mempunyai unsur keganasan yang keterlaluan. Filem ini diterajui oleh pelakon berbakat Iko Uwais. 

4. Noah

 Filem ini telah diharamkan di Malaysia kerana mengisahkan jalan kisah yang mempunyai unsur persamaan dengan kisah hidup Nabi Nuh a.s ini mendapat kritikan hebat oleh negara-negara Islam, seperti Qatar, Bahrain, UAE dan banyak lagi. 
Malah, institusi terkenal di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem tersebut. 

5. Dukun

Filem karya arahan orang tempatan yang bergenre seram ini yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan juga Mona Fandey yang didakwa mengamalkan ilmu hitam. Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Malaysia(LPF) telah mengharamkan filem Ini ditayangkan. 

No comments

Powered by Blogger.