Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem KL Vampires (2019)

Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem KL Vampires (2019)|NANTIKAN filem aksi Malaysia berjudul "KL VAMPIRES" yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 14 November 2019. Sebuah filem berunsur fiksyen dan aksi ini dibintangi pelakon seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini diarahkan oleh Daven Raghavan dan terbitan dibawah Cinemaya Studios Sdn Bhd.

Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem KL Vampires (2019)

Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem KL Vampires (2019)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan sinopsis dan senarai pelakon filem KL Vampires:

Judul: KL VAMPIRES
Tarikh Tayangan : 14 November 2019
Genre : Aksi, Fiksyen
Skrip : Nazri & Saiful Zaidrin
Pengarah : Daven Raghavan
Terbitan : Cinemaya Studios Sdn Bhd
Pelakon : Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su

WATAK PELAKON:

Raja Ilya sebagai Ratu Citra Sari
Josiah Hogan sebagai Shah
Aeril Zafrel sebagai Indera
Donny Alamsyah sebagai Agus
Yuzz Mohd Nor sebagai Harad
Mustaqim Bahadon sebagai Alang
Ismi Melinda sebagai Maya
Denes Kumar sebagai Khai
Cecep Arif Rahman sebagai Rudi Hikayat
Pablo Amirul sebagai Van Kordi

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang dua kumpulan pontianak (vampire) yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai pengganti kepada darah.

Kerajaan pontianak yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari dan dibantu ketua komander iaitu Shah. Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya yang telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu bapa kepada Ratu Citra Sari.

Trailer Filem KL Vampires (2019)

*Akan dikemaskini

1 comment:

Powered by Blogger.