Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu|NANTIKAN drama terbaru yang juga adaptasi novel berjudul Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna yang ditayangkan pada 19 September 2019 di slot Akasia TV3. Digandingkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan dibawah Mache All Star United Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Berikut dikongsikan maklumat dan info berkaitan Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu:

Info Drama Lelakimu Yang Dulu

JUDUL : LELAKIMU YANG DULU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 September 2019
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farah Darianna
PENULIS SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra

WATAK PELAKON:

Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Reen Rahim sebagai Faiqa
Nadia Brian sebagai Zana
Ungku Hariz sebagai Idlan
Azizah Mahzan sebagai Ibu Maryam

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul.

Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

No comments

Powered by Blogger.