Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah

Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah|
BAGI anda yang gemarkan membeli sesebuah hartanah sebagai aset masa depan dan mengetahui perkembangan terkini nilai sesebuah hartanah. Mulai hari ini anda patut ambil tahu nilai hartanah anda sekarang supaya keuntungan hartanah tersebut anda dapat kaut pada masa depan. Tapi disebalik itu, ada cara anda boleh tingkatkan nilai hartanah anda? Bagaimanakah cara hendak tingkatkan nilai hartanah? Jom teruskan membaca artikel ini dibawah!

Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah

Antara perkara yang signifikan bagi sesuatu hartanah ialah nilainya atau yang selalu kita sebut Market Value (MV). Bagi anda yang ingin menjual hartanah anda atau membuat pelaburan pada hartanah seperti rumah yang ingin anda sewakan (rent) sudah tentunya anda mahu meningkatkan nilai hartanah anda untuk memperoleh keuntungan dari hartanah tersebut. Tapi bagaimanakah caranya?

Berikut dikongsikan beberapa cara untuk meningkatkan nilai hartanah anda:

Sebelum anda melakukan sebarang renovation, perlu kaji dan selidik terlebih dahulu penambahbaikan yang bagaimanakah yang mampu meningkatkan nilai hartanah anda. Secara kasarnya, nilai hartanah boleh ditambah dengan penambahbaikan yang kekal dan “melekat” pada struktur. Maksudnya disini barang perabot yang boleh diangkut atau dibawa keluar seperti sofa, rak TV, almari, kerusi, peti sejuk, kabinet dan perabot yang boleh dialih tidak akan dikira untuk menaikkan nilai hartanah. Aircond kadangkala dihitung juga dalam kiraan nilai hartanah bergantung kepada valuer yang memeriksa hartanah anda.

Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah

Tapi disebalik itu, ada perbezaan bagi anda yang ingin membuat pelaburan dengan cara menyewakan rumah anda di mana anda boleh menaikkan harga sewa dengan menyediakan perabot dan kemudahan yang serba lengkap seperti aircond, TV, peti sejuk dan perabot lain kepada penyewa anda.

Salah satu langkah yang menguntungkan ialah dengan membeli perabot esklusif yang dijual dengan harga murah. Perabot-perabot seperti ini selalunya merupakan perabot dikitar semula (recycle) yang digunakan di hotel-hotel, anda boleh beli perabot-perabot ini dengan harga murah dan sediakan kepada penyewa-penyewa anda.  Memang berbaloi! Anda patut cuba sendiri!

Berikut adalah beberapa elemen yang boleh anda lakukan penambahbaikan dan menaikkan nilai hartanah anda.

1. Decorate halaman rumah
2. Renovate pagar rumah
3. Cat semula dinding rumah
4. Parking
5. Lampu dalaman (interior) rumah
6. Balkoni rumah
7. Kitchen cabinet
8. Pintu rumah


Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah

Cara Mudah Tingkatkan Nilai Hartanah

Diingatkan ada juga jenis penambahbaikan tertentu terutamanya yang melibatkan pada luaran rumah (exterior) yang memerlukan anda memohon kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda memeriksa prosedur dengan mereka terlebih dahulu sekiranya ingin membuat penambahbaikan melibatkan struktur luaran rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang mempunyai hartanah sendiri!

1 comment:

  1. Agree kena ada aset..sbb suami polis duduk mungkin pindah2.. jdi dah ada perancangan ntk rumah sekarang ni nk buat apa nnti..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.