Benarkah STPM Amat Sukar? Fakta atau Mitos?

Benarkah STPM Amat Sukar? Fakta atau Mitos?|TENTU ramai yang buntu memilih ke mana hendak melanjutkan pengajian setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sudah pasti ramai yang bertanya antara Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau Asasi, manakah pilihan yang merupakan jalan singkat untuk mendapatkan ijazah?Ramai yang menganggap STPM itu susah untuk mendapat pointer terbaik, Manakala Matrikulasi pula dikatakan jika “kantoi” dalam pointer terpaksa memohon semula dengan menggunakan keputusan SPM tambahan sijil pula tidak laku untuk memohon sebarang pekerjaan.

Baca juga:
Apa Beza STPM, Asasi, Diploma dan Matrikulasi

Benarkah STPM Amat Sukar? Fakta atau Mitos?

Jika ingin mendapatkan diploma di IPTA, seakan sukar untuk diterima masuk memandangkan keputusan SPM yang kurang baik selain terpaksa bersaing sengit manakala di IPTS, yuran pula dikatakan terlalu mahal. Apa sekali pun tanggapan anda, persoalannya adakah itu fakta atau sekadar mitos semata-mata?

Untuk makluman anda, Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Bermula pada tahun 2013, STPM telah diubah format menerusi penjenamaan semula dan menjadi salah satu inisiatif KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Tahukah anda majoriti mereka yang menjejak kaki ke universiti adalah dalam kalangan pelajar lepasan Tingkatan enam walaupun hakikatnya STPM ini dikatakan sukar?  Oleh itu, jika anda adalah pelajar cemerlang tentu anda tiada masalah bukan?

Apakah syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

Syarat kemasukan ke STPM dilihat lebih mudah berbanding syarat kemasukan ke matrikulasi, diploma dan asasi. Pelajar yang mendapat keputusan SPM yang kurang baik juga boleh membuat rayuan dan diterima masuk ke Tingkatan Enam. Berikut adalah syarat kemasukan ke STPM :

1-Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2-Menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi aliran yang diambil

3-Lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

4-Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12.

5-Aliran Sains pula tidak melebihi 18 mata unit.

6-Aliran Agama tidak melebihi 14 mata unit.

Kebiasaanya, pelajar akan ditawarkan secara automatik ke tingkatan enam jika tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian. Namun, ada juga diantaranya tidak ditawarkan. Tetapi jangan terlalu risau kerana, pelajar masih boleh membuat rayuan.

Berapa lamakah tempoh pengajian di Tingkatan Enam?

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama setahun setengah yang telah dibahagikan kepada tiga penggal (semester). Selepas anda menamatkan pengajian selama 3 penggal ini, anda boleh terus memohon untuk kemasukan ke universiti awam atau swasta bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan menggunakan keputusan STPM anda.

Apakah aliran yang ditawarkan di peringkat STPM?

Jika anda berminat melanjutkan pengajian ke peringkat STPM, anda boleh memilih 3 aliran pengajian iaitu Aliran Sains Sosial, Aliran Sains dan Aliran Agama. Menerusi ketiga-tiga aliran ini anda boleh memohon bidang apa sekalipun di universiti.

Berikut dikongsikan kurikulum STPM yang wajib diambil oleh semua pelajar :

1-Pelajar wajib mengambil 4 atau 5 mata pelajaran sahaja termasuk mata pelajaran wajib iaitu Pengajian Am dan Mata pelajaran MUET.

2-Subjek Pilihan lain mengikut aliran adalah Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Matematik (M), Matematik (T), Information and Communication Technology (ICT), Fizik, Kimia, Biologi, Sains Sukan, Seni Visual.

3-Semua murid Tingkatan Enam juga diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 % kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan 2 markah tertinggi dalam Kelab/ Persatuan, Sukan/ Permainan serta Badan Beruniform

Adakah Sijil STPM diiktiraf?

STPM mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara iaitu pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum, mereka layak memohon untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Oleh itu, jika anda ingin disanjung ambillah STPM kerana percaya atau tidak STPM merupakan salah satu peperiksaan paling sukar di dunia. Dari segi peluang pekerjaan, lulusan STPM boleh menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dengan menggunakan Sijil STPM sekiranya tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Berapa yuran untuk ambil STPM?

Dari sudut pembiayaan kewangan, tiada yuran dikenakan bagi pelajar sekolah kerajaan dan sekolah bantuan penuh kerajaan malah mereka juga turut diberikan bantuan biasiswa yang boleh dipohon melalui sekolah masing-masing selepas menerima tawaran belajar di Tingkatan 6.

6 comments:

  1. Peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi. Moga info ini dpt membantu memberi pencerahan kpd yg memerlukannya nanti. Thanks sharing & salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  2. abe kie daftar aje lower six aliran sains dulu tp x gi kelas pun sbb yakin benar dpt masuk asasi UM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nice2..masing2 ada kebaikannnya

      Delete
  3. Teringat sama sambung ke tingkt 6 dulu. Rindunya suasana tu..
    Susah sng tu, siapa yang ambik je yang tahu. Ahaaha.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan...owg yg pernah ambik ja dpt merasakannya..hihi

      Delete

Powered by Blogger.