Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia|BILAKAH tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia pada tahun 2017? Melalui rujukan terhadap senarai tarikh penting Kalendar Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 10 Zulhijjah 1438 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 1 September 2017.

               Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Tarikh penetapan bermulanya hari raya Aidiladha 2017 ini akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen.

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Berikut dikongsikan tarikh sambutan hari raya Aidiladha 2017:

Tarikh Hari Raya Aidiladha:
- 1 September 2017 (Hari Jumaat)
(Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi)

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 ini bermanfaat untuk anda semua!

6 comments:

  1. dah siap plan dah nak pergi mana raya haji ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia dah ada siap plan nk prgi mna raya ni... Haha

      Delete
  2. tak dapat raya tahun ni..mak ayah menunaikan haji..duduk rumah saja..������

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...mereput kat umah ja la..thanks kak singgah

      Delete
  3. Tak sampai satu bulan lagi pun kan.. Raya kat perantauan aje lah. Tak ada cuti. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sat ja masa berlalu..nk raya plak..hihi

      Delete

Powered by Blogger.