Syarikat Swasta atau Organisasi Kerajaan Lebih Baik Untuk Latihan Industri?

Syarikat Swasta atau Organisasi Kerajaan Lebih Baik Untuk Latihan Industri?|ADAKAH anda pernah menjalani Latihan Industri (LI) untuk syarat lulus pengajian anda? Salah satu syarat bagi majoriti pelajar sebelum menamatkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah adalah dengan menjalani latihan industri (LI). LI dikenali juga sebagai latihan praktikal atau latihan ilmiah. LI bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Persoalannya? Manakah tempat terbaik untuk menjalani LI, di sektor kerajaan ataupun swasta?

Baca juga:
Tips Persediaan Dalam Menjalani Latihan Industri Dengan Mudah

                 Syarikat Swasta atau Organisasi Kerajaan Lebih Baik Untuk Latihan Industri?

Saya juga pernah menjalani Latihan Industri di sektor swasta sebagai syarat lulus sijil Diploma. Pastinya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing samada praktikal di kerajaan mahupun swasta. Tahukah anda bahawa LI di swasta itu lebih baik berbanding kerajaan?

Berikut dikongsikan sebab apa anda perlu memilih LI di swasta:

1- Elaun Gaji

Di sektor swasta, pelajar LI akan diberi gaji sepertimana ditetapkan oleh syarikat manakala kerajaan dalam bentuk elaun. Gaji diberi setiap bulan dan elaun diberi setiap bulan atau setelah tamat LI (kebiasaanya setelah tamat LI). Makluman terkini yang diterima, organisasi di bawah kerajaan tidak lagi memperuntukkan elaun kepada pelajar. Pelajar perlu menanggung sendiri elaun sara hidup sepanjang tempoh berada di LI. Jika di swasta, pelajar diberikan gaji setiap bulan!

2- Pengalaman dan Peluang

Organisasi swasta tidak akan sesekali membazirkan wang mereka tanpa memberikan anda apa-apa tugasan termasuklah tugasan yang mencabar. Dari situlah, pelbagai cabaran sebenar dunia pekerjaan akan dilalui oleh anda. Apa yang diajar di universiti mahupun politeknik, sangatlah jauh berbeza! Pendedahan itu akan meningkatkan pengetahuan sekaligus kelebihan. Sekiranya anda tamat LI dan ingin bekerja dalam bidang yang sama, majikan pasti tertarik dengan anda atau jika anda beruntung terus ditawarkan bekerja disitu selepas tamat LI!

Jika di kerajaan, tugasan yang mudah-mudah sahaja akan diberikan dan kadang kala tidak berkaitan langsung dengan bidang pengajian yang diambil.

3- Peluang Pekerjaan

Di swasta mudah sahaja, jika anda menunjukkan prestasi yang baik sepanjang LI, peluang yang tinggi untuk terus ditawarkan bekerja disitu. Jadi peluang yang sangat tinggi juga untuk dapat pekerjaan tetap! Ini kerana tempoh LI anda itu sudah dikira sebagai tempoh percubaan sebelum ditawarkan ke jawatan tetap.

Manakala di kerajaan, ianya mustahil dan amat tipis untuk ditawarkan ke jawatan tetap. Jika anda ditawarkan bekerja sekalipun, hanyalah jawatan kontrak dan tempohnya lebih kurang 6 bulan bergantung kepada insitusi berkenaan. Sebab itulah, jika dilihat majoriti pelajar yang pratikal di swasta senang sahaja dapat pekerjaan.

4- Cara Komunikasi

Di swasta majoriti syarikat bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda masing-masing sepertimana organisasi kerajaan. Sekiranya anda ingin mendapat tawaran pekerjaan dengan mudah dan gaji yang lumayan selepas tamat pengajian nanti, pastikan penguasaan bahasa inggeris anda di tahap yang baik.

Adakah anda rasa bahawa jalani LI di swasta lebih berbaloi berbanding di kerajaan? Keputusan semua terletak di tangan anda. Fikirlah sebaik mungkin untuk jaminan laluan kerjaya yang lebih baik di masa hadapan!

No comments

Powered by Blogger.