Manakah Lebih Baik Kerja Kerajaan Atau Swasta?

Manakah Lebih Baik Kerja Kerajaan Atau Swasta?|SEPERTI sedia maklum apabila tamat sahaja pengajian anda tak kiralah dimana anda belajar, pasti anda tergolong dalam situasi dilema sama ada mahu bekerja dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Manakah yang lebih baik bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Mesti susah nak buat pilihan kan!

Manakah Lebih Baik Kerja Kerajaan Atau Swasta?

Dalam masa yang sama mesti anda terfikir-fikir apa kelebihan dan kekurangan dalam pekerjaan kedua-dua sektor tersebut. Ada yang kata kerja di sektor kerajaan lebih menguntungkan berbanding swasta. Pelbagai ragam dan kata orang ramai menyebabkan anda susah membuat pilihan terbaik untuk bekerja.

Tahukah anda? Setiap kerjaya sama ada kerja kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada minat dan rezeki individu untuk memilih sektor mana yang lebih sesuai dengan dirinya.

Berikut dikongsikan kelebihan dan kekurangan bekerja di setiap pekerjaan ini:

Bekerja Sektor Kerajaan

Kelebihan Bekerja Dengan Kerajaan:

1- Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
2- Kenaikan gaji setiap tahun
3- Kemudahan membuat pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
4- Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
5- Caruman KWSP atau pencen
6- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
7- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
8- Kestabilan ekonomi sendiri
9- Kerja yang lebih tenang dan selesa

Kekurangan Bekerja Dengan Kerajaan:

1- Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat-syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
2- Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
3- Gaji pokok yang kecil
4- Posting jauh dari tempat tinggal anda

Bekerja Sektor Swasta

Kelebihan Bekerja Dengan Swasta:

1- Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
2- Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
3- Gaji pokok yang tinggi berorientasikan keuntungan syarikat
4- Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
5- Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
6- Ruang kerja yang kondusif

Kekurangan Bekerja Dengan Swasta:

1- Potensi dibuang kerja amat tinggi
2- Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
3- Masa depan kerja tidak terjamin

Walaubagaimanapun, setiap pekerjaan samada di sektor kerajaan mahupun swasta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Semua keputusan terletak pada pilihan anda sendiri manakah yang terbaik untuk anda! 

6 comments:

  1. kerajaan n swasta sama jerk sebenarnya.. yg penting rajin.. Ada yg suka kerja kerajaan dan ada yg lebih suka kerja swasta kerana gajinye lebih tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu Kak lea..yg pnting rajin..masing2 ada kelebihan krajaan mahupun swasta

      Delete
  2. saya dah resign kerajaan. saya pilih kerja sendiri or bisnes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sng lagi klau krja sndiri..haha

      Delete
  3. dua2x ada kelebihan dan kekuranganya yang tersendiri.. cuma kita nak pilih yang mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu bahrain...kna bijak buat pilihan yg tepat

      Delete

Powered by Blogger.