Permohonan Kemasukan Matrikulasi Ambilan 2018/2019

Permohonan Kemasukan Matrikulasi Ambilan 2018/2019|UNTUK makluman anda, bagi pelajar Tingkatan 5, permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengajian pengambilan 2018 / 2019 kini dibuka dari 1 Julai sehingga 30 November 2017.

Permohonan Kemasukan Matrikulasi Ambilan 2018/2019

Sistem Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi 2018/2019

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI)Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI)

Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Matrikulasi

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan menghantar borang permohonan online sebelum atau pada 30 November 2017

Cara Permohonan Kemasukan Kolej Matrikulasi Secara Online

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).

Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM6.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan www.moe.gov.my/.

No comments

Powered by Blogger.